PERANCANG KELUARGA

KEBAIKAN PERANCANG KELUARGA


♡♡Kebaikan merancang keluarga adalah untuk menghasilkan sebuah keluarga yang sihat dan ceria dengan merancang bilangan,jarak dan masa kehamilan yang sangat sesuai♥️❤️

Faedah Merancang??

Banyak faedah yang ibu-ibu dapat..antaranya ialah

  • Ibu bersedia untuk hamil daei aspek kesihatan,mental,sosial dan sebagainya
  • Anak mendapat kasih sayang,pemakanan yang mencukupi,sihat dan penjagaan yang sempurna
  • Suami dapat menyediakan kemudahan asas mengikut kemampuan dan ekonomi keluarga
Bagaimana Hendak Merancang ??

Sangat la mudah kerana kaedah merancang yang terbukti secara saintifik dalam pelbagai kaedah kontraseptif moden iaitu :

  1. Pil
  2. Suntikkan
  3. Implan
  4. Alat Dalam Rahmi
  5. Kondom
  6. Kaedah Pemandulan Bagi Wanita
Di Mana Ia Boleh Diperolehi ??

Pihak kerajaan telah menyediakan perkhidmatan tersebut di :

  • Klinik / Hospital Kerajaan
  • Klinik / Hospital Swasta
  • Klinik LPPKN
  • Klinik Persatuan Perancang Keluarga
Bila Boleh Dimulakan Selepas Bersalin ??

Ianya bergantung kepada kaedah kontraseptif yang dipilih oleh pesakit sendiri dengan persutujuan dari suami dan juga doktor

Selepas Bersalin , Perlukah Menunggu Hingga Haid Datang Untuk Memulakan Kaedah KOntraseptif ??

TIDAK PERLU ... kerana kebanyakkan kaedah kontraseptif boleh dimulakan seawal 6 minggu selepas bersalin, bergantung kepada kaedah yang dipilih dan keadaan pesakit




sumber rujukan 
-myhealth


No comments:

Post a Comment