KEBAIKAN PERANCANG KELUARGA
♡♡Kebaikan merancang keluarga adalah untuk menghasilkan sebuah keluarga yang sihat dan ceria dengan merancang bilangan,jarak dan masa kehamilan yang sangat sesuai♥️❤️
Faedah Merancang??
Banyak faedah yang ibu-ibu dapat..antaranya ialah
- Ibu bersedia untuk hamil daei aspek kesihatan,mental,sosial dan sebagainya
- Anak mendapat kasih sayang,pemakanan yang mencukupi,sihat dan penjagaan yang sempurna
- Suami dapat menyediakan kemudahan asas mengikut kemampuan dan ekonomi keluarga
Bagaimana Hendak Merancang ??
Sangat la mudah kerana kaedah merancang yang terbukti secara saintifik dalam pelbagai kaedah kontraseptif moden iaitu :
- Pil
- Suntikkan
- Implan
- Alat Dalam Rahmi
- Kondom
- Kaedah Pemandulan Bagi Wanita
Di Mana Ia Boleh Diperolehi ??
Pihak kerajaan telah menyediakan perkhidmatan tersebut di :
- Klinik / Hospital Kerajaan
- Klinik / Hospital Swasta
- Klinik LPPKN
- Klinik Persatuan Perancang Keluarga
Bila Boleh Dimulakan Selepas Bersalin ??
Ianya bergantung kepada kaedah kontraseptif yang dipilih oleh pesakit sendiri dengan persutujuan dari suami dan juga doktor
Selepas Bersalin , Perlukah Menunggu Hingga Haid Datang Untuk Memulakan Kaedah KOntraseptif ??
TIDAK PERLU ... kerana kebanyakkan kaedah kontraseptif boleh dimulakan seawal 6 minggu selepas bersalin, bergantung kepada kaedah yang dipilih dan keadaan pesakit
sumber rujukan
-myhealth